| Bahagian Industri
Padi | Fungsi Bahagian: | 1)
Seksyen Industri Padi
- Memantau prestasi
ladang-ladang padi bagi memastikan produktiviti serta keluaran padi mencapai
sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Jabatan.
- Memastikan benih padi yang
berkualiti dapat dibekalkan kepada peladang-peladang padi.
- Memberikan khidmat nasihat
berkenaan pengurusan tanaman padi kepada peladang.
- Menganjurkan
program-program peningkatan kapasiti dalam teknologi pengeluaran padi bagi
peladang serta kakitangan Jabatan melalui platform Rice Farmers Field School.
- Melaksanakan program
penyelidikan Padi bagi mengenalpasti varieti-varieti padi baru berhasil
tinggi sejajar dengan strategi peningkatan padi negara.
- Mengenalpasti
kawasan-kawasan padi baru bagi meningkatkan pengeluaran padi dan beras
negara.
2)
Seksyen Perlindungan Tanaman dan Sains Tanah
- Memberikan khidmat
kepakaran diagnostik dan pencaman musuh perosak tanaman.
- Memberikan khidmat nasihat
pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang bersesuaian termasuk
pengurusan musuh perosak bersepadu (Integrated
Pest Management – IPM).
- Memberikan khidmat nasihat
kesesuaian tanah, kesuburan tanah, nutrien tanaman dan pengurusan pembajaan
untuk tujuan penggunaan dan peningkatan produktiviti ladang.
- Memberikan perkhidmatan
analisis kimia makmal bagi sampel tanah, daun tanaman, kualiti baja, larutan
nutrien dan air daripada ladang-ladang pertanian di negara ini.
- Memberikan khidmat latihan
dan pemindahan teknologi kepada peladang/orang ramai/penuntut mengenai dengan
musuh perosak tanaman, serta sains tanah dan nutrien tanaman.
- Merancang dan meneliti
keperluan pembelian racun kimia pertanian dan baja kimia bagi Program Skim
Insentif Pertanian dan Agrimakanan (SIPA), serta peralatan dan bahan kimia makmal
dan ladang.
- Memberikan kepakaran
teknikal (dari segi racun kimia pertanian dan baja) bagi Program Pemantauan
dan Akreditasi Amalan Perladangan Baik Brunei (Brunei GAP).
- Membuat kajian bagi
peningkatan pengawalan bersepadu musuh perosak tanaman, serta ujian asas
kesuburan tanah dan nutrien tanaman.
- Menyediakan garis panduan
serta risalah-risalah mengenai musuh perosak tanaman, serta tanah dan nutrien
tanaman.
- Menjalankan
aktiviti-aktiviti diagnostik mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penyakit
tanaman.
- Memberikan khidmat
kepakaran dan khidmat nasihat bagi pencaman dan pengawalan penyakit tanaman
kepada peladang-peladang di Negara Brunei Darussalam.
- Mendukung pembangunan dan
perkembangan industri tanaman dalam meningkatkan hasil pengeluaran dan
mengurangkan kerugian akibat serangan penyakit untuk memastikan pengeluaran
hasil yang optimum, berkualiti, selamat dan kos efektif.
- Menerima sampel komoditi
tahanan dan menjalankan kerja-kerja pencaman penyakit tanaman.
- Memberi taklimat dan
pemindahan teknologi mengenai penyakit tanaman serta kaedah-kaedah yang
bersesuaian kepada, peladang, pengusaha dan pegawai dan kakitangan Jabatan.
| Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Bahagian: | - Seksyen Perlindungan
Tanaman dan Sains Tanah
- Perkhidmatan diagnostik dan
khidmat nasihat bagi musuh perosak tanaman.
- Perkhidmatan diagnostik dan
khidmat nasihat bagi penyakit tanaman.
- Perkhidmatan analisis
sampel tanah, baja kimia dan organik, daun tanaman, larutan nutrien dan
pengairan ladang.
| Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai: | Latihan boleh dipohonkan melalui persuratan
kepada Pengarah Pertanian dan Agrimakanan: Yang Mulia, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Jalan Muhibbah, Airport Lama Berakas, BB3510 Negara Brunei Darussalam |
|